Sumbangan NZD30,000 #Sinar4NZMartyrs diagihkan hari ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah NZD30,000 daripada jumlah keseluruhan tabung khas #Sinar4NZMartyrs akan diagihkan kepada tiga keluarga rakyat Malaysia yang cedera termasuk keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi serta kepada mangsa yang lain.

Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, sehingga hari ini jumlah derma yang berjaya dikumpulkan kira-kira RM90,000 dan sebanyak NZD30,000 akan diserahkan kepada keluarga mangsa, hari ini.

"Sumbangan akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang akan berlepas ke New Zealand petang ini.

"Ini adalah agihan pertama. Insya-ALLAH agihan selanjutnya akan dibuat dari masa kesemasa kerana derma masih diterima," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, serahan akan dibuat Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah mewakili Sinar Harian kepada Mujahid di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum menteri berkenaan berangkat.

Difahamkan, Mujahid akan berangkat ke New Zealand kira-kira jam 1 petang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tabung #Sinar4NZMartyrs bantu mangsa tembak Christchurch

Artikel Berkaitan:

Haziq, damailah kau di sana...

Wisma Putra sahkan Haziq meninggal dunia