Perkhidmatan dalam talian Jabatan Peguam Negara alami gangguan

Pengumuman mengenai gangguan capaian tersebut dimaklumkan di Twitter Jabatan Peguam Negara.
Pengumuman mengenai gangguan capaian tersebut dimaklumkan di Twitter Jabatan Peguam Negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua sistem aplikasi dan perkhidmatan dalam talian Jabatan Peguam Negara sedang menghadapi gangguan capaian.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan di Twitter rasmi Jabatan Peguam Negara pada Ahad.

"Terdapat gangguan capaian kepada semua sistem aplikasi dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Jabatan Peguam Negara (AGC) termasuk portal rasmi dan perkhidmatan dalam talian.

"Pemakluman akan dibuat setelah capaian kembali pulih. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih," menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di portal rasmi Jabatan Peguam Negara mendapati ia gagal diakses.

Artikel Berkaitan: