Pusat mengundi ditutup ikut waktu diwarta

Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang akhbar selepas menghadiri program mesra bersama rakyat di Kampung Tanjung Bako pada Ahad. - Foto Bernama
Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang akhbar selepas menghadiri program mesra bersama rakyat di Kampung Tanjung Bako pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Dakwaan terdapat pusat pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu yang ditutup awal tidak benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-undang).

Wan Junaidi menjelaskan bahawa waktu penutupan sesetengah pusat pengundian diwartakan pada waktu tertentu, mengikut pelbagai faktor termasuk jumlah pengundi.

"Semalam, terdapat aduan seorang wanita yang bertanyakan kenapa pusat mengundinya ditutup pada jam 2 petang. Sebenarnya, (saya dimaklumkan) pusat pengundian itu dibuka hanya untuk 170 pengundi dan telah digazet ditutup pada jam 2 petang.

"Jadi ia mesti ditutup pada waktu itu, jika masih dibuka selepas jam 2, tidak boleh pakai (undi tidak boleh diambil kira). Ini undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu acara di Kampung Tanjung Bako di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, keputusan menetapkan waktu pembukaan pusat mengundi Pilihan Raya Negeri tidak terletak pada individu atau pihak polis.

"Ini bukan keputusan individu atau polis, perkara itu sudah digazet dan sudah dimaklumkan kepada semua pihak. Sepatutnya pengundi perlu mengetahui pusat mengundi mereka tutup pukul berapa? supaya tidak lambat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Sabtu, tular video di media sosial yang menunjukkan seorang wanita yang marah di hadapan sebuah pusat pengundian kerana tidak dapat masuk untuk mengundi. - Bernama


Dapatkan keputusan #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my