‘Bapa ayam’ ditahan bersama tiga wanita

Serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bermula jam 7.30 malam, semalam.
Serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bermula jam 7.30 malam, semalam.
A
A
A
KOTA BHARU – Seorang penuntut universiti juga bapa ayam dicekup bersama tiga wanita tempatan ketika sedang leka melayan pelanggan di dua apartmen di bandar ini, semalam.

Lelaki berusia 24 tahun itu bertindak sebagai pengurus kepada tiga wanita berusia 27, 36, dan 40 tahun dengan menjalankan kegiatan pelacuran ‘mobile’ dari negeri ke negeri melalui urusan menggunakan aplikasi WeChat.

Serbuan diketuai Pegawai Turus D7 Kelantan, Asisten Superintendan Mat Zol Ismail bersama sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bermula jam 7.30 malam.

Penuntut tahun kedua jurusan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia terbabit ditahan dalam serbuan pertama pada jam 7.30 malam di hadapan lif tingkat satu sebuah apartmen di Lorong Minyak Gas, di sini.

Sementara pada serbuan kedua, seorang wanita berusia 36 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang sedang leka melayan pelanggannya dalam sebuah bilik ditahan di tingkat 11 apartmen sama.
Artikel Berkaitan:


Dua lagi wanita berusia 27 tahun yang berasal dari Sarawak dan yang berusia 40 tahun berasal dari Melaka ditahan dalam serbuan ketika serbuan ketiga di sebuah apartmen di Jalan Post Office Lama, di sini.

Lagi berita pembongkaran aktiviti pelacuran ‘mobile’ dalam akhbar Sinar Harian esok.

Video eksklusif ADILA SHARINNI WAHID