X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Lebih 10,000 kanak-kanak maut, cedera di Yaman

UNICEF mengumumkan 10,200 kanak-kanak terbunuh atau cedera sejak konflik memuncak di Yaman sejak tujuh tahun lepas.
A
A

ADEN (Yaman) - Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Sabtu mengumumkan 10,200 kanak-kanak terbunuh atau cedera sejak konflik memuncak di Yaman sejak tujuh tahun lepas.

"Jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi. Susulan konflik memuncak pada 2021, keganasan terus meningkat tahun ini dan seperti biasa kanak-kanak adalah yang paling menderita,” lapor Xinhua memetik kenyataan Wakil UNICEF ke Yaman, Philippe Duamelle.

Katanya, hanya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, 47 kanak-kanak dilaporkan terbunuh atau cedera sehingga menyebabkan mereka mengalami kecacatan.

"Keganasan, kesengsaraan dan kesedihan sudah menjadi perkara biasa di Yaman. Sudah tiba masanya penyelesaian politik berkekalan perlu segera dilaksanakan,” katanya.

Yaman dicengkam perang saudara sejak Houthi menguasai sebahagian besar negara dan merampas semua wilayah utara, termasuk bandar raya Sanaa pada 2014. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!