PM ucap tahniah atas kemenangan BN di Johor

BN berjaya mencatatkan kemenangan dalam PRN Johor pada Sabtu sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri.
BN berjaya mencatatkan kemenangan dalam PRN Johor pada Sabtu sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) yang mencatatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri.

Beliau dalam masa sama turut berterima kasih kepada semua kepimpinan dan petugas yang bertungkus lumus dalam memastikan kemenangan gabungan parti itu.

“Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas-petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional.

“Masa untuk kestabilan masa depan rakyat Johor,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Menurut keputusan rasmi setakat ini, BN telah mencapai majoriti mudah dengan memenangi 23 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan mendahului lawan di banyak kawasan lain.

Berdasarkan keputusan itu, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Benut dengan majoriti 5,859 undi akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor.

Artikel Berkaitan: