Aksi lagak ngeri penunggang motosikal bukan di Jempol

Antara aksi penunggang motosikal berkenaan yang tular. - Foto Facebook
Antara aksi penunggang motosikal berkenaan yang tular. - Foto Facebook
A
A
A

JEMPOL - Video aksi lagak ngeri seorang penunggang motosikal yang tular di laman sosial Facebook bukan berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian itu bukan berlaku di Felda Serting Hilir 5 seperti yang didakwa.

"Ia bukan video baharu sebaliknya kejadian dipercayai dirakam pada Ogos 2021 dan pernah dimuat naik di laman Facebook lain sebelumnya.

"Siasatan polis mendapati aksi penunggang itu juga bukan berlaku di tanah rancangan Felda Serting Hilir 5 tetapi di tempat lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Chang Hook berkata, pihak pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Serting Hilir 5 juga mengesahkan kejadian bukan berlaku di tanah rancangan itu.

"Tiada kawasan lapang, tiang elektrik dan berpagar seperti yang terdapat dalam video yang ditularkan itu," katanya.

Enam hari lalu, tular di media sosial video penunggang motosikal membuat aksi lagak ngeri di atas jalan raya yang didakwa berlaku di Felda Serting Hilir 5.

Video itu sehingga kini sudah dikongsi sebanyak 281 kali dengan 49,000 tontonan.

Artikel Berkaitan: