Budak maut tercampak dari kereta

Keadaan kenderaan dinaiki lima beranak yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 340.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tapah pada Sabtu.
Keadaan kenderaan dinaiki lima beranak yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 340.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tapah pada Sabtu.
A
A
A

TAPAH - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu bapanya yang terbabas di Kilometer 340.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, N Ashvika, 11, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, nahas berlaku ketika mangsa bersama ibu bapanya serta dua adik perempuan menaiki kereta jenis Nissan Almera dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Selangor.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu bapa mangsa berusia 38 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan.

"Kejadian menyebabkan seorang daripada penumpang kereta tercampak keluar melalui cermin belakang.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans Hospital Tapah," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kejadian turut mengakibatkan adik perempuan mangsa berusia 6 tahun mengalami patah kaki.

Katanya, bapa dan ibu mangsa masing-masing kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang serta seorang lagi adik mangsa berusia 10 tahun terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.