Sila log masuk terlebih dahulu.

Video lama tular, pemilik pusat hiburan dikompaun

Video tular memaparkan sekumpulan individu sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail.
Video tular memaparkan sekumpulan individu sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini dikompaun RM1,000 kerana gagal memastikan pengunjung premis itu mematuhi syarat penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya melalui kenyataan pada Sabtu memaklumkan, pihaknya mengesan video lama berdurasi 32 saat yang tular memaparkan sekumpulan individu sedang berhibur di premis berkenaan.

"Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjalankan pemeriksaan ke atas premis tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Noor Dellhan berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesalahan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat iaitu gagal mengawal penjarakan fizikal ke atas pengunjung ketika berada di dalam premis.

"Kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (PPN) 2021," katanya.

Noor Dellhan turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memutuskan rantaian wabak Covid 19.

Artikel Berkaitan: