Kelantan terima pelaburan RM910 juta

Azmin (tiga dari kiri) mengetuai gimik perasmian pecah tanah pembesaran kilang ROHM-Wako di Padang Tembak pada Sabtu.
Azmin (tiga dari kiri) mengetuai gimik perasmian pecah tanah pembesaran kilang ROHM-Wako di Padang Tembak pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan bakal menikmati lebih banyak peluang pekerjaan apabila kilang ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd melabur sebanyak RM910 juta di negeri itu.

Pelaburan oleh syarikat pengeluar elektronik terkemuka Jepun itu merupakan yang terbesar pernah di bawa ke Kelantan dan memerlukan lebih 400 tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelaburan itu turut meningkatkan integrasi antara industri tempatan dan rantaian bekalan di peringkat serantau dan global sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).

"Seperti yang digariskan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, iltizam ini akan diteruskan bagi meningkatkan keterangkuman dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan sosioekonomi setempat dan meningkatkan kemakmuran negara," katanya ketik berucap pada Majlis Pecah Tanah kilang ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd, Hideki Hashimoto.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, majlis pecah tanah tersebut juga amat bermakna kerana ia menzahirkan usaha syarikat untuk menyokong agenda kelestarian dan pertumbuhan hijau negara.

Katanya, ini kerana kilang pembuatan semikonduktor yang dijangka siap pada Ogos tahun depan itu akan diiktiraf sebagai fasiliti pengeluaran mesra alam yang dijana oleh teknologi penjimatan tenaga hijau.

"Saya yakin, lebih banyak pelaburan berteknologi dan berimpak tinggi akan disalurkan ke negeri Kelantan dan akan membuka peluang yang lebih besar untuk pekerjaan kemahiran tinggi, infrastruktur, pembangunan ekosistem dan pertumbuhan perindustrian yang lebih luas," katanya.

Artikel Berkaitan: