Warga emas 84 tahun hilang ketika mendaki

Operasi mencari dilakukan di laluan mangsa dipercayai hilang. - Foto Bomba Perak
Operasi mencari dilakukan di laluan mangsa dipercayai hilang. - Foto Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Seorang warga emas dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti pendakian di Puncak Jelapang di sini sejak petang Jumaat.

Lelaki berusia 84 tahun itu disedari hilang sekitar jam 3 petang oleh ahli keluarganya.

Maklumat kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya pada jam 1.17 pagi Sabtu, memaklumkan berhubung kehilangan mangsa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, operasi mencari masih giat dilakukan di laluan mangsa dipercayai hilang.

"Unit Anjing Pengesan (K9), unit Multi Skill Team (MUSTeam) dan unit dron telah diatur gerak bagi membantu kerja-kerja pencarian," katanya.

Setakat jam 2 petang Sabtu, mangsa masih belum ditemui.

Artikel Berkaitan: