X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Tanah runtuh: MOSTI guna teknologi MYSA kumpul maklumat

Kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2.
A
A

AMPANG - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menggunakan teknologi dibangunkan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi mengumpul maklumat mengenai kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Khamis lalu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, MOSTI akan membantu kerajaan melalui skop yang boleh diguna pakai di kementerian itu.

"Langkah ini juga boleh membantu kerajaan membuat keputusan untuk mengambil langkah selanjutnya," katanya ketika ditemui selepas meninjau kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini pada Sabtu.

Pada Khamis, kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan selain menjejaskan 15 rumah serta 10 kenderaan.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan kira-kira jam 2 pagi pada Jumaat selepas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan penemuan mayat mangsa keempat dan kelima pada 12.46 tengah malam dan 1.59 pagi.

Dalam pada itu, Amzad berkata, setakat ini pihaknya telah memberi maklumat aktif yang diperlukan dengan teknologi 'remote sensing' dan imej satelit yang dibangunkan MYSA berhubung kejadian tanah runtuh.

"Sebelum ini (tanah runtuh juga) berlaku di Kemesah dan kita dengan kerjasama MYSA dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya menggunakan sistem yang membantu berkaitan pembangunan cerun.

"Ini adalah kerjasama antara agensi Angkasa Malaysia dan PBT," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!