Perkahwinan 17 tahun berakhir: Rashidi Ishak

Rashidi Ishak dan Vanidah Imran
Rashidi Ishak dan Vanidah Imran
A
A
A

DESAS desus mengenai penceraian antara aktor Rashidi Ishak dan Vanidah Imran yang bertebaran tahun lalu, akhirnya terjawab.

Rashidi atau lebih mesra di sapa dengan panggilan Shidee terlebih dahulu memohon maaf kerana mengambil masa lama untuk berkongsi khabar duka itu secara terbuka.

Menurut pelakon berusia 46 tahun ini, perkahwinan 17 tahun yang dibina terlerai pada 9 Ogos 2018.

"Saya memohon maaf kerana menyimpan lama berita dan informasi ini. Ini kerana kami sangat mengambil berat dan menghormati tentang perasaan, kehidupan dan privasi keluarga kedua belah pihak dan rakan-rakan.

"Saya juga mahu berterima kasih kepada semua yang menunjukkan sokongan kepada kami, terutama sokongan kepada Vanidah, figura cantik yang telah berjaya mengembangkan kerjaya dan kehidupannya. Ikhlas dari hati, terima kasih," jelasnya.

Tambah pemain gitar kumpulan Dead Mushroom ini, dia menyifatkan kegagalan dalam sesebuah pentadbiran adalah disebabkan kepimpinan yang lemah dan tidak cekap.

"Dan ia juga didorong oleh ketidakpuasan yang berpanjang, merasa ditindas oleh pemimpinnya. Justeru perubahan adalah apa yang mereka inginkan.

"Dalam perkahwinan, jika perhubungan itu hancur, maka hanya imam yang boleh dipersalahkan. Ia mungkin betul dan mungkin tidak, tetapi pemimpin yang bagus akan sentiasa bersinar sama ada baik atau buruk.

Artikel Berkaitan:

"Saya sama sekali bukan seorang imam yang baik," ujarnya.

Rashidi dan Vanidah telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15.