Penggunaan katil ICU lebihi 50 peratus di 7 negeri

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak tujuh negeri menunjukkan peningkatan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus pada Jumaat.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu melibatkan negeri Kelantan (75 peratus), Johor (68 peratus), Putrajaya (67 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus ), Selangor (57 peratus), Pulau Pinang (51 peratus) dan Melaka (50 peratus).

“Katil bukan ICU juga memperlihatkan peningkatan iaitu Putrajaya (112 peratus ), Selangor (111 peratus), Kuala Lumpur (98 peratus), Perlis (93 peratus ), Perak (89 peratus), Terengganu (88 peratus ), Melaka (80 peratus), Sarawak (77 peratus), Kelantan (73 peratus), Johor (63 peratus), Pahang (58 peratus) dan Pulau Pinang (58 peratus)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 231 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 26 peratus.

Beliau berkata, terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes Covid-19 ke hospital berbanding kes kategori satu hingga lima yang baharu didiagnosa pada setiap hari.

Katanya, ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti Covid-19.

“Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes Covid-19 berisiko tinggi dari kategori satu dan dua yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Artikel Berkaitan: