'Apa terjadi kepada dunia ini...'

Gambar lukisan yang dimuat naik Aaron di laman sosial Instagram, miliknya. - Foto Instagram Aaron Aziz
Gambar lukisan yang dimuat naik Aaron di laman sosial Instagram, miliknya. - Foto Instagram Aaron Aziz
A
A
A

PELAKON Aaron Aziz meluahkan rasa terkejut apabila anaknya yang baharu berusia 9 tahun melukis kejadian yang berlaku di Christchurch, New Zealand.

Aaron, 43, yang berkongsi di laman Instagram milliknya berkata, dia tidak menyangka anaknya Dahlia Arissa memahami insiden yang meragut 50 nyawa itu.

“Sungguh terharu melihat seorang anak kecil melakar lukisan sedih sebegini. Apa terjadi kepada dunia ini,” tulis pelakon KL Gangster itu.

Dahlia Arissa melakar imej lelaki ditembak disertai tulisan berbahasa Inggeris, 'keganasan tidak ada agama atau warganegara'.

Minggu lalu, seorang lelaki bersenjata membunuh 50 individu di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.

Aaron dan Dahlia
Aaron dan Dahlia

Artikel Berkaitan: