Kluster baharu Covid-19 libatkan pelajar asrama di Lubok Antu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Satu kluster baharu Covid-19 dikesan di Sarawak melibatkan sebuah institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di daerah Lubok Antu, kira-kira 250 kilometer dari sini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Kluster Jalan Batu Kaya, Lubok Antu melibatkan pelajar asrama di daerah itu.

Kes indek bagi kluster itu merupakan pelajar lelaki berusia 17 tahun yang dikesan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada 8 Mac lepas.

"Penularan jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan pelajar asrama tersebut.

"Seramai 79 individu disaring dalam kluster itu dengan 28 orang didapati positif termasuk kes indeks,” menurut kenyataan itu.

Sarawak hari ini mencatatkan 1,745 kes harian Covid-19.

Selain itu, dua kematian dilapor yang melibatkan warga emas wanita masing-masing berusia 89 tahun di Sibu dan 78 tahun di Limbang. - Bernama

Artikel Berkaitan: