'Bukan gas kimia berbahaya'

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin (kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Dan Pertanian Dr Sahruddin Jamal (tengah) ketika sidang media mengenai taklimat kajian mengenai pencemaran Sungai Kim Kim di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar hari ini. - Foto Bernama
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin (kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Dan Pertanian Dr Sahruddin Jamal (tengah) ketika sidang media mengenai taklimat kajian mengenai pencemaran Sungai Kim Kim di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua lokasi penemuan tong biru yang dipercayai sisa kimia di Sungai Masai dan Sungai Selangkah di Pasir Gudang tidak mengandungi pencemaran gas kimia berbahaya.

Perkara itu disahkan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc), Yeo Bee Yin yang memaklumkan hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati tong itu tidak mengeluarkan gas beracun.

Menurutnya, sekiranya ia mengandungi gas beracun, ia dapat dikesan dengan alat pengesan gas.

"Namun sebaliknya, sebatian kimia yang ditemui adalah hidro karbon yang biasanya ada pada minyak dan ia tidak memberi kesan berbahaya seperti pencemaran di Sungai Kim Kim.

"Sumber itu bukan sumber keracunan beramai-ramai. Kalau kita lihat ada tong ada satu tong biru dan kita pergi lakukan pemeriksaan dan tiada gas ditemui.

"Namun ia tetap pencemaran dan kena dibersihkan," katanya pada sidang media selepas pembentangan laporan jawatankuasa saintifik susulan pencemaran bahan sisa kimia Sungai Kim Kim di Bangunan Dato Jaafar Muhamad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.

Bee Yin berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan lanjut daripada pihak jabatan kimia.

Terdahulu media melaporkan penduduk Taman Tanjung Puteri Resort mendakwa telah menemui tujuh tong biru mencurigakan di bawah jambatan dan longkang kira-kira 500 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort.

Artikel Berkaitan:

Media turut melaporkan lokasi baharu dipercayai menjadi tempat pembuangan sisa kimia yang ditemui di tepi Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru, berdekatan dengan Sungai Masai.