Kakitangan tetap GLC, GLIC terima gaji minimum RM1,500

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyatakan komitmennya memastikan setiap pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerima gaji sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar itu selaras dengan dasar gaji minimum yang diterima penjawat awam.

"Kerajaan prihatin atas cabaran kos sara hidup yang dihadapi rakyat. Dalam konteks ini, kerajaan telahpun memastikan semua penjawat awam menerima jumlah gaji dan elaun sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

"Kerajaan komited untuk memastikan pekerja tetap syarikat GLC dan GLIC dibayar sekurang- kurangnya RM1,500 sebulan," katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Hari Terbuka GLC di sini pada Jumaat.

Beliau menambah, kadar pendapatan minimum yang diumumkan juga wajar diamalkan oleh sektor swasta bagi membantu pekerja menangani cabaran kos sara hidup terutama bagi pekerja yang berpendapatan rendah.

"Diharap syarikat korporat lain akan turut meneladani usaha ini,"katanya.

Sebelum ini dilaporkan pekerja dalam negara ini dijangka bakal menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu pada nilai RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun 2022.

Artikel Berkaitan: