Bank Rakyat tawar hadiah bernilai RM125,000 kepada wanita

Gambar kecil:Syed Abdul Aziz
Gambar kecil:Syed Abdul Aziz
A
A
A

BANK Rakyat menawarkan hadiah bernilai RM125,000 kepada 30 pelanggan bertuah menerusi Kempen Ratu Muslimah bermula 8 Mac hingga 31 Mei 2022 bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, pelanggan hanya perlu lakukan sebarang jenis transaksi pembayaran runcit menggunakan Kad Kredit-i Muslimah seterusnya berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan menerusi dua kategori iaitu Kempen Amaun dan Kempen Transaksi.

“Bagi Kempen amaun, 15 pelanggan bertuah yang melakukan minimum RM3,000 transaksi pembayaran runcit sepanjang tempoh kempen berpeluang untuk memenangi hadiah berupa peralatan memasak pintar, Thermomix.

“Kempen Transaksi pula menawarkan hadiah berupa pengering rambut jenama Dyson kepada 15 pelanggan bertuah yang melakukan minimum 30 transaksi pembayaran runcit sepanjang tempoh kempen dan tiada perbelanjaan minimum diperlukan.

“Bagaimanapun transaksi pembayaran runcit yang dilakukan mestilah bagi pembelian barangan patuh syariah sahaja,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut Syed Abdul Aziz berkata, kempen yang dilaksanakan adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta jasa wanita yang menjadi penggerak utama pembangunan negara.

“Para wanita yang berminat boleh memohon Kad Kredit-i Muslimah Bank Rakyat dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan atau membuat permohonan secara dalam talian menerusi laman web www2.irakyat.com.my,” katanya.

Dalam pada itu Syed Abdul Aziz berkata, Bank Rakyat turut menawarkan pulangan tunai lima peratus menerusi kempen Petrol Khamis! bagi pelanggan yang berbelanja menggunakan Kad-Kredit-i Bank Rakyat untuk setiap transaksi pembelian petrol dan barangan lain di mana-mana stesen minyak di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Tawaran itu katanya boleh dinikmati pada setiap Khamis bermula pada 13 Januari sehingga 5 Mei 2022.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300-80-5454, Pusat Kad Bank Rakyat (03-26936880) atau kunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran.