Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal Jumaat.
Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini di tengah-tengah minat belian baharu untuk dolar AS.

Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1870/1905 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1895 pada penutupan Khamis.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS terus disokong oleh hasil Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi terutama menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan minggu depan.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen kepada 3.5989/6023 dari 3.6102/6135 pada penutup Khamis dan meningkat berbanding pound Britain pada 5.4799/4845 dari 5.5134/5180 semalam.

Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0794/0822 daripada 3.0800/0830 pada Khamis dan menambah nilai berbanding euro kepada 4.6057/6096 daripada 4.6230/6269. - Bernama

Artikel Berkaitan: