De Paula tak dipanggil

Nama de Paula tiada dalam senarai 30 pemain yang dipanggil Pan-gon bagi mengikuti kem latihan pusat kali ini.
Nama de Paula tiada dalam senarai 30 pemain yang dipanggil Pan-gon bagi mengikuti kem latihan pusat kali ini.
A
A
A

PENGUMUMAN pemain bagi mengikuti kem latihan pusat Harimau Malaya mulai 14 Mac ini menyaksikan penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula tidak disenaraikan.

Bagaimanapun, dua lagi pemain naturalisasi - Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi tersenarai dalam kelompok 30 pemain yang bakal mengikuti kem latihan pusat berkenaan.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, pemilihan dua pemain naturalisasi berkenaan dibuat berdasarkan penilaian daripada barisan kejurulatihan termasuk penilaian statistik dari 2019 hingga 2021.

“Seperti yang saya kata sebelum ini, saya memilih pemain daripada segi taktikal, teknikal serta profesionalisme mereka.

“Lagi pun saya masih baharu di sini. Bagaimanapun, kami di barisan kejurulatihan akan lakukan yang terbaik bagi memilih pemain terbaik Harimau Malaya,” katanya dalam sidang media di Wisma FAM sebentar tadi.

Pada sidang media berkenaan, Pan-gon mengumumkan senarai 30 pemain termasuk 10 pemain dalam senarai bersedia bagi mengikuti kem latihan pusat menjelang aksi persahabatan Tier 1 di Singapura hujung bulan ini.

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan Filipina pada 23 Mac, Singapura (26 Mac) bagi aksi persahabatan Tier 1 dan aksi persahabatan menentang kelab Liga Singapura (Liga-S), Albirex Niigata FC pada 28 Mac.

Agak menarik apabila senarai pemain kali ini turut menyaksikan bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim turut dipanggil bagi mengikuti kem latihan pusat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Pan-gon berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai mana-mana pemain secara individu.

Sebaliknya, beliau menegaskan pemilihan pemain kali ini dibuat berdasarkan kesesuaian dengan taktikal dan corak permainan yang bakal diperagakan skuad Harimau Malaya kelak.

“Sebenarnya saya tidak mahu memberikan komen kepada individu. Itu adalah prinsip saya seperti yang pernah saya katakan sebelum ini," jelasnya.

* Senarai 30 Pemain

Mohd Farizal Marlias - JDT

Muhammad Syahmi Safari - JDT

Aidil Zafuan Abd Radzak - JDT

Shahrul Saad - JDT

Corbin Ong - JDT

Mohamed Syamer Kutty Abba - JDT

Nathaniel Shio Wan - JDT

Nazmi Faiz Mansor - JDT

Safiq Rahim - JDT

Arif Aiman Hanapi - JDT

Safawi Rasid - JDT

Akhyar Rashid - JDT

Mohamadou Sumareh - JDT

Ramadhan Saifullah - JDT

Khairulazhan Khalid - Selangor FC

Quentin Cheng - Selangor FC

Sharul Nazeem Zulpakar - Selangor FC

Rahadiazli Rahalim -Terengganu FC

Hakimi Abdullah - Terengganu FC

Faisal Abdul Halim - Terengganu FC

Kalamullah Al-Hafiz - PJ City FC

R Kogileswaran - PJ City FC

Darren Lok - PJ City FC

Syafiq Ahmad - KDA FC

Dominic Tan - Sabah FC

Khair Jefri Jones - Negeri Sembilan FC

Nor Azam Abdul Azih - Sri Pahang FC

Luqman Hakim Shamsudin - KV Kortrijk

Dion Cools - SV Zulte Waregem

Liridon Krasniqi - Odisha FC

* Senarai Menunggu

Kenny Palraj - KL City FC

Akram Mahinan - KL City FC

Hadin Azman - KL City FC

Zhafri Yahya - KL City FC

Syihan Hazmi - Negeri Sembilan FC

Khuzaimi Pee - Negeri Sembilan FC

Rizal Ghazali - Sabah FC

Ruventhiran - Petaling Jaya City FC

Hazwan Bakri - JDT

Norshahrul Idlan Talaha - Melaka Utd FC