"Allahyarham anak yang baik..."

Jeleha (dua, kanan) menyiram pusara Allahyarham anaknya.
Jeleha (dua, kanan) menyiram pusara Allahyarham anaknya.
A
A
A

BATU GAJAH - "Semua anak lelaki saya dah tak ada, mereka tinggalkan saya dulu," demikian kata Jeleha Awang, 70, ibu kepada Allahyarham Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali yang meninggal dunia selepas terbabit dalam insiden di landasan Lapangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Isnin lalu.

Jeleha berkata, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik memikul tugas sebagai anak lelaki dalam keluarga selepas kematian abang sulung akibat lemas lebih 10 tahun lalu.

"Sekarang dua-dua dah tak ada, ayahnya pun dah tak ada. Tinggallah makcik dan anak perempuan bongsu saja.

"Walaupun sedih, tapi makcik reda dan terima ketentuan ALLAH," katanya.

Dia berkata, kali terakhir mereka bertemu sebulan lalu ketika menguruskan hal tanah.

Katanya, sebagai anak lelaki, Allahyarham seorang yang sangat bertanggungjawab dan menjaga kebajikan ahli keluarganya.

"Waktu dimaklumkan kejadian, memang makcik terkejut. Tak sangka langsung perkara macam ni boleh jadi," katanya.

Artikel Berkaitan:

ROSLAN
ROSLAN

Dalam pada itu, bapa saudara mangsa, Roslan Latiff, 58, melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu urusan rawatan hinggalah pengebumian, hari ini.

"Bagi pihak keluarga, saya mohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan," katanya.

Jenazah Mohd Ruzaimi, 39, selamat dikebumikan sekitar jam 5.45 petang, hari ini di Tanah Perkuburan Kampung Changkat Belengkor, Batu Gajah.

Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Azawiah Md Usuf bersama empat anak berusia setahun hingga 13 tahun.