Lelaki dipecat dan dihalau dari UAE gara-gara puji serangan NZ

Transguard berkata lelaki berkenaan telah dihantar pulang ke negara asal.
Transguard berkata lelaki berkenaan telah dihantar pulang ke negara asal.
A
A
A

ABU DHABI - EMIRIAH ARAB BERSATU. Seorang kakitangan firma keselamatan berpangkalan di Dubai dipecat dan dihalau pulang ke negara asal selepas memuji serangan berdarah di New Zealand.

Lelaki berkenaan menggunakan akauan Facebook palsu bagi memuji tindakan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang membunuh 50 jemaah masjid di Christchurch.

"Pada hujung minggu lalu, seorang pekerja Transguard telah memuat naik komen jelik dan meraikan insiden tembakan masjid di Christchurch.

"Biarpun menggunakan akaun palsu, lelaki terbabit berjaya dikenal pasti dan kontraknya telah ditamatkan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa," menurut kenyataan syarikat tersebut.

Tambah Transguard, lelaki itu telah dihantar pulang ke negara asal.

Syarikat berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan nama dan kerakyatan lelaki tersebut.

Insiden tembakan di New Zealand Jumaat lalu mencetuskan kemarahan global dan UAE antara negara yang mengutuk keras serangan terbabit. - AFP

Artikel Berkaitan: