Melaka usul semula bina lebuh raya atasi kesesakan

Adly mengangkat semula permohonan bina lebuh dari Hatten City ke Padang Temu.
Adly mengangkat semula permohonan bina lebuh dari Hatten City ke Padang Temu.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri akan mengusulkan semula permohonan bagi projek pembinaan beberapa laluan termasuk lebuh dari Hatten City di Banda Hilir ke Padang Temu dalam Rancangan Malaysia akan datang.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, usaha ini bagi menyuraikan kesesakan lalu lintas di sekitar bandaraya terutama di kawasan Banda Hilir.

Menurutnya, cadangan pembinaan laluan ini akan menjadi keutamaan kerajaan negeri bagi mewujudkan lebuh raya di pesisir pantai sekaligus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Projek ini akan menjadi keutamaan kita kerana kita tahu jaringan-jaringan pesisir pantai di akan berakhir di Hatten City di Banda Hilir.

"Cadangan bagi projek ini akan diangkat semula kepada Kerajaan Persekutuan dan diharapkan permohonan peruntukannya dipertimbangkan," katanya ketika menjawab soalan Gue Teck (PH-Klebang) terhadap pelan jangka pendek dan panjang serta peruntukan yang telah dirancang untuk tujuan menaiktaraf laluan sepanjang jalan Klebang.

Beliau yang juga ADUN Bukit Baru berkata demikian pada Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Seri Negeri di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: