Perkembangan terkini NACP diketahui 22 Mac ini

Perkembangan terkini mengenai NACP 2019-2023 akan dimaklumkan kepada orang ramai pada 22 Mac ini.
Perkembangan terkini mengenai NACP 2019-2023 akan dimaklumkan kepada orang ramai pada 22 Mac ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkembangan terkini mengenai Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 akan dimaklumkan kepada orang ramai selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) pada 22 Mac ini.

Salah seorang wakil Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) berkata, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkembangan tersebut sejurus mesyuarat JKKMAR selesai.

“Pada 22 Mac, kita ada JKKMAR. Nanti pada hari tersebut akan ada kenyataan mengenai perkembangan NACP,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan berkata, pihaknya menyasarkan lebih banyak inisiatif NACP 2019-2023 dapat selesai dilaksanakan pada tahun ini susulan momentum positif yang ditunjukkan 27 ketua agensi peneraju.

Beliau berkata, setakat 31 Disember 2021, lapan daripada 82 inisiatif yang digariskan dalam Semakan Separuh Penggal NACP berjaya dilaksanakan sehingga peringkat output oleh agensi peneraju.

Tambah beliau, daripada 74 inisiatif yang berbaki, sebanyak 14 inisiatif lagi sedang dalam proses pelaksanaan di peringkat output dan dijangka selesai dilaksanakan sepenuhnya pada pertengahan tahun ini.

Artikel Berkaitan: