Mahkota potensi tarik pelancong

Petugas jentera wanita PN bagi DUN Mahkota sibuk menyediakan bahan kempen untuk diedarkan kepada orang ramai.
Petugas jentera wanita PN bagi DUN Mahkota sibuk menyediakan bahan kempen untuk diedarkan kepada orang ramai.
A
A
A

KLUANG - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Kluang berpotensi untuk menjadi sektor pelancongan sekiranya ia dibaik pulih dengan segera.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Mahkota, Mohamad Nor Lingan berkata, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, beliau berjanji akan menumpukan pembinaan semula kawasan tersebut.

Tambahnya, sebelum ini, DUN itu juga terkenal dengan dua gunung yang menjadi tumpuan pelancong sama ada dalam atau luar negeri iaitu, Gunung Berlumut dan Gunung Lambak.

“Saya suka maklumkan dahulu di DUN Mahkota dan Mengkibol terletak dalam satu bandar dan kita berkongsi kawasan strategik yang berpotensi untuk pelancongan.

“Contoh di sini kita ada dua Gunung, satu Gunung Berlumut dan Gunung Lambak ini yang selalu orang daki dan ramai yang akan pergi.

“Sebelum ini fasiliti di sana Majlis Perbandaran Kluang ada bangunkan tetapi sudah usang. Kalau saya diberi mandat saya akan bina kembali,” katanya pada Selasa.

Dalam usaha memberi bantuan kepada sektor pelancongan, kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyalurkan Geran Bantuan Khas secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Beliau turut menyediakan bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM600 kepada pengusaha ‘homestay’ yang berdaftar dengan MOTAC.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Nor Lingan
Mohamad Nor Lingan

Selain itu, Mohamad Nor berkata, DUN Mahkota juga akan dibangunkan seperti negara-negara luar, antaranya Taiwan dan Korea Selatan.

Tambahnya, Kluang adalah daerah yang unik mempunya dua laluan kereta api di bawah dan di atas.

“Jadi sepanjang kawasan itu ia mempunyai sempadan, satu kawasan Mengkibol satu lagi Mahkota. Kita akan bangunkan seperti mana di Korea selatan, Taiwan dan negara luar.

“Replika kesan track lama itu kita akan jadikan ia satu kawasan riadah atau pun pusat komuniti dan sebagainya.

“Semua itu dalam perancangan dan ia boleh menarik atau menambah nilai sektor pelancongan,”ujarnya.

Kata Mohamad Nor, Mahkota juga mempunyai tanah dan kawasan perladangan yang boleh dijadikan sebagai sektor perlacongan.

“Kawasan ini boleh dibuat pelancongan agro sebab semua sedia maklum daerah kluang masih luas kawasan pertanian itu.

“ Sektor perlacongan dan perladangan ini bila ada mandat pada tangan kita, tanah-tanah terbiar milik kerajaan yang masih belum diusahakan akan diusahakan,” jelasnya.

REAKSI

Napsiah
Napsiah

“Kawasan Mahkota ini banyak tempat perlancongan yang boleh dibangunkan sepeti di Gunung Lambak, kerana sebelum ini banyak kali sudah tukar pengurusan dan masih sepeti itu usang. Jadi kita harapkan ADUN yang akan dilantik ini akan fokus kepada kawasan ini,” Napsiah Ahmad, 49

Norlela
Norlela

“Saya harap kerajaan yang akan menang nanti, tolong bangunkan bandar Kluang kerana ia satu-satunya kawasan yang ada gunung di tengah-tengah. Tetapi kini gunung-gunung yang ada pun sudah terbiar dan tidak diselenggara dengan baik,” Norlela Mohd Jaim, 47

Rubiah
Rubiah

“Masalah pengganguran belia di sini sangat tinggi. Kalau sektor pelancongan ini dibangunkan dan dibaik pulih, ia akan memberi dan membuka peluang ekonomi kepada mereka dan mampu meraih pendapatan,” Rubiah Sukir, 60

Johor berpotensi sebagai pusat pelancongan

Sektor pelancongan Johor perlu rancangan menyeluruh Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, industri pelancongan telah diberi bantuan dan beberapa insentif bagi mengurangkan beban dan menyokong pemulihan sektor itu.

Antaranya, pelanjutan pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel dan pelanjutan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan hingga tahun taksiran 2022.

Di Johor, potensi sebagai pusat pelancongan perlu dibangunkan dengan menyeluruh melalui pelan perancangan yang mempunyai kesinambungan bagi tempoh 10 hingga 20 tahun.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Alias Rasman berkata, usaha pembangunan khususnya dari segi pembinaan infrastruktur perlu diperkembangkan lagi di kawasan yang memiliki nilai pelancongan yang tinggi.

Katanya, negeri Johor terutamanya di DUN Johor Lama memiliki beberapa kawasan pelancongan yang mempunyai tarikan tersendiri meliputi tempat bersejarah, pertanian dan alam semula jadi.

REAKSI

"Di Kota Tinggi ini banyak kawasan tarikan pelancongan seperti air terjun. Jadi tempat seperti ini kalau dapat dipelihara dan dibangunkan dengan baik mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong dalam mahupun di luar negara." Hazlin Hamzah, 32

"Johor ini banyak tempat bersejarah seperti kota dan makam-makam sultan kerajaan Melayu lama. Jadi perlu ada usaha untuk mengkaji dan mempromosikan kawasan ini untuk menjadikannya sebagai tempat tarikan kepada pelancong." Mohd Fairul A Rahman, 45

"Pantai awam yang ada di Kota Tinggi seperti di Tanjung Balau dan Pantai Batu Layar perlu dibangunkan. Bukan sahaja menjadikannya sebagai tempat tarikan pelancong, tetapi menyediakan pekerjaan kepada masyarakat tempatan." Loqman Nil Hakim, 30