113 lagi kematian akibat Covid-19, 41 BID

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 113 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 41 kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Menurut laman portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan sebanyak 33,497.

Dalam pada itu bagi kategori BID, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 6,955 kes.

Portal berkenaan turut melaporkan, purata seramai 24 orang daripada 1 juta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lalu.

Perlis menjadi negeri tertinggi setakat ini dengan purata 55 kematian, diikuti Kedah dengan 52 dan Putrajaya (43).

KKM turut merekodkan 29,828 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 3,685,173.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) ialah 59.6 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 36.4 peratus.

Artikel Berkaitan: