Tunku Mahkota Johor puji MK

21
21
A
A
A

PENYANYI rappers yang mula meningkat naik, Hairi atau lebih dikenali MK K-Clique berkongsi di Instagram menerima pujian daripada DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

22
22

"Congrats. You are bless with talent.

"Teruskan dan sentiasa menjadi diri sendiri. Bagus. Semoga ALLAH merahmati diri anda dan keluarga.

"Terima kasih dan selamat maju jaya buat K-Clique. Sampaikan salam kepada mereka. Salam," ucap TMJ.

Dalam perkongsian tersebut, MK berterima kasih kerana Tunku memberikan sokongan selain memuatnaik mesej perbualan antara mereka berdua di akaunnya.

"Terasa diri ini kerdil dengan mesej ini. Terima kasih banyak-banyak atas tanda sokongan Tuanku. Respek dan sayang!," balas MK.

Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen, rata-rata kagum dengan kenyataan TMJ buat MK dan K-Clique.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ada juga peminatnya yang mengajukan soalan fasal kolaborasi antara MK bersama Aman RA.