Suka menilai tanpa tahu hujung pangkal cerita : Syafiq

Syafiq Kyle
Syafiq Kyle
A
A
A

PELAKON Syafiq Kyle, meluahkan rasa lucu dengan sikap segelintir netizen, yang gemar menilai sesuatu tanpa mengetahui hujung pangkal cerita.

Perkara itu berlaku berikutan ada netizen sudah membuat rumusan sendiri dengan hanya menonton teaser drama Nur 2, yang akan menemui penonton bermula 2 April depan.

"(Baru) lepas baca semua komen mengenai teaser teaser Nur 2. Kelakarlah rakyat jelata di Malaysia, memang suka menilai tanpa tahu hujung pangkal cerita.

"Tak bagus untuk anda semua, tapi bagus untuk kami. Teruskan. Jika nak tahu hujung pangkal cerita, jangan lupa 2 April 2019, Nur 2 di TV3," tulisnya menerusi media sosial, Twitter.

Sebelum ini, drama Nur yang menyaksikan gandingan Syafiq bersama Amyra Rosli mendapat sambutan hangat di saluran TV3.

Selain Syafiq dan Amyra, drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini menampilkan gandingan pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Atas sambutan dan kejayaan yang diraih itu mendorong syarikat produksi Radius One Sdn Bhd menyambung ke musim kedua dengan mengekalkan barisan pelakon dari musim pertama dan tambahan beberapa muka baharu.

Artikel Berkaitan: