Sungai Ampang keruh disebabkan kesan lumpur

Sungai keruh disebabkan kesan lumpur.
Sungai keruh disebabkan kesan lumpur.
A
A
A

AMPANG - Sungai Ampang dilaporkan bebas daripada sebarang pencemaran bahan berbahaya, namun laporan awal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor mendapati air sungai tersebut keruh berkemungkinan disebabkan kesan lumpur.

ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha berkata, laporan awal oleh JPS Selangor, terdapat aluran air lumpur dari alur air sedia ada yang berwarna jingga kemerahan berhampiran kawasan pembinaan Jambatan BR22 di Jalan Bukit Belacan.

" Siasatan awal mendapati bahawa pihak sub-kontraktor telah menggali kolam sedia ada berhampiran kawasan pembinaan jambatan bertujuan untuk mendalamkan kolam tersebut bagi mengelakkan risiko banjir di tapak pejabat sub-kontraktor terbabit," katanya.

Menurutnya, walau bagaimanapun, aliran air dari kolam tersebut tidak dapat dikawal sepenuhnya yang menyebabkan kesan lumpur masuk ke longkang kekal dan seterusnya mengalir masuk ke Sungai Ampang.

"Pihak sub-kontraktor juga telah diarahkan untuk melakukan pembaikan dalam kerja-kerja mengorek dengan kadar segera bagi memberhentikan permasalahan ini," katanya melalui kenyataan media.

Haniza yang juga Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar berkata, sekiranya terdapat kejadian seperti ini, orang ramai dinasihatkan untuk menjauhi kawasan tercemar.

"Orang ramaj juga boleh terus menghubungi JPS Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan supaya siasatan dan tindakan lanjut dapat diambil," katanya.

Artikel Berkaitan: