[VIDEO] KL sepatutnya bandar raya, bukan ‘banjir raya’: Ahmad Fahmi

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menyatakan rasa kesal dengan kejadian banjir yang melanda Kuala Lumpur khususnya di Lembah Klang kerana perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan mempunyai perancangan yang tersusun.

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) berkata, Kuala Lumpur sepatutnya sebagai bandar raya bukannya ‘banjir raya’.

“Kini, hampir setiap hari kita kena tengok Jabatan Meteorologi seakan-akan kita tidak boleh buat apa-apa perancangan sebagai penduduk di Kuala Lumpur, setiap hari kita kena tengok hari ini ribut atau tidak. Ada amaran ribut petir, hujan berlarutan atau tidak.

“Bagaimana kita hendak teruskan hidup. Kuala Lumpur adalah sebulat bandar raya, Kuala Lumpur tidak patut jadi 'banjir raya' dan saya sangat kesal kerana itulah persepsi yang timbul dalam kalangan penduduk,” katanya ketika membahasakan usul berkenaan banjir kilat yang melanda Lembah Klang di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, banjir yang berulang kali berlaku itu sepatutnya telah diselesaikan kerana punca dan penyebab kejadian itu telah dikenal pasti sebelum ini.

Sementara itu, dalam sesi sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kasih kepada beberapa barisan menteri dan timbalan menteri yang segera turun padang membantu mangsa banjir kilat yang terjejas.

Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan usul untuk membahaskan isu banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur khususnya Lembah Klang baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usul itu akan dibahaskan bermula jam 1 tengah hari sehingga selesai.

Artikel Berkaitan:

Usul berkenaan dikemukakan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) pada Isnin dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli Dewan Rakyat.