Polis Kajang gempur 26 premis judi dalam talian

Mohd Nasir
Mohd Nasir
A
A
A

KAJANG - Sebanyak 26 premis perjudian dalam talian di Kajang digempur polis dalam Ops Dadu Khas bermula dari Januari hingga 28 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, pemotongan bekalan elektrik telah dilakukan ke atas dua daripada 26 premis berkenaan manakala selebihnya akan dikenakan tindakan sama dalam masa terdekat.

"Kami telah membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik ke atas 26 premis tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi operasi di Jalan Segar Perdana di Cheras, pada Rabu.

Sementara itu kata beliau, sebanyak 140 kes membabitkan Ops Dadu oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah dituduh di mahkamah sepanjang tahun lalu.

Artikel Berkaitan: