SPRM Sabah tahan bekas pengarah rasuah RM1.2 juta

SPRM Sabah pada Rabu menahan seorang bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.2 juta.
SPRM Sabah pada Rabu menahan seorang bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.2 juta.
A
A
A

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Rabu menahan seorang bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.2 juta membabitkan kerja-kerja perkhidmatan daripada dua syarikat.

Sumber memberitahu lelaki berumur lingkungan 50-an itu ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu di sini kira-kira jam 10 pagi.

Suspek yang kini berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan lain disyaki menerima habuan itu sebagai balasan memberi projek perkhidmatan penundaan antara 2017 hingga 2018.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan itu dan berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam masa terdekat,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: