X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

25.8 peratus wanita kini jadi pembuat keputusan dalam sektor swasta

Siti Zailah - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor swasta ketika ini telah mencapai 25.8 peratus.

Justeru kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, usaha untuk mencapai sasaran 30 peratus penglibatan wanita dalam sektor swasta memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak.

Beliau berkata, pelbagai strategi dan langkah juga telah disusun oleh kementeriannya dalaman memastikan sasaran itu tercapai mengikut tempoh ditetapkan.

“Antara langkah yang kita telah laksanakan ialah bagaimana susulan daripada pengumuman dalam Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, yang mana kita telah meminda senarai keperluan Suruhanjaya Sekuriti (SC) di Bursa Malaysia untuk mewajibkan semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah syarikat.

“SC juga menggunakan pendekatan standard di mana semua syarikat-syarikat besar yang mempunyai permodalan di pasaran sebanyak RM2 juta pada 31 Disember 2021 akan melaksanakan keperluan (tersebut) dan bermula 1 September 2022 syarikat-syarikat lain (turut) disaran untuk melaksanakan sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah wanita dalam syarikat ini berkuat kuasa 1 Jun,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (Pas-Setiu) yang mahu tahu sejauh manakah sasaran 30 peratus penglibatan wanita dalam sektor swasta telah dicapai dan sekiranya belum dicapai apakah faktor yang menghalangnya.

Ujar Siti Zailah, KPWKM juga sedang menyusun pelbagai strategi untuk mencapai sasaran penglibatan 30 peratus wanita dalam membuat keputusan dalam sektor swasta terlaksana.

“Antaranya kita juga tekah memantau secara berkala syarikat-syarikat tersenarai melalui SC supaya mereka mematuhi syarat tersebut,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!