Kejayaan Bayern Munich membanggakan

Lewandowski. Foto Real Madrid
Lewandowski. Foto Real Madrid
A
A
A

PENJAGA gol Bayern Munich, Manuel Neuer menyifatkan kejayaan skuad berkenaan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini dilihat sebagai membanggakan.

Menurut Neuer, kejayaan mara ke suku akhir kali ini diharap mampu merealisasikan hasrat Bayern mengulangi kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara musim 2019/2020 lalu.

“Kemenangan ini membuktikan kami benar-benar serius mahu memenangi trofi Liga Juara-Juara kali ini.

“Musim ini adalah peluang terbaik untuk melakukannya setelah kami bermula baik musim ini dengan mencatatkan peningkatan pada setiap perlawanan.

“Kini kami telah melepasi peringkat saingan kalah mati dan ia diharap dapat diteruskan bagi saingan suku akhir pula,” katanya.

Bayern mara ke suku akhir hasil kemenangan 7-1 ke atas kelab Austria RB Salzburg bagi saingan kalah mati kedua di Allianz Arena pada Rabu.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi kalah mati pertama di Red Bull Arena Salzburg, 17 Februari lalu.

Gol-go Bayern Munich dijaringkan oleh Robert Lewandowski menerusi sepakan penalti pada minit ke-12, 21 sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-23, Serge Gnarby (min-31), Thomas Muller (min-54, min-83) dan Leroy Sane (min-85) manakala Mauritus Kjaergaard menjaringkan gol tunggal Salzburg pada minit ke-70.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Neuer berkata, kejayaan Bayern turut membuktikan kelab berkenaan benar-benar serius mahu menjulang trofi Liga Juara-Juara musim ini.

“Kemenangan ini membuktikan kami memang mahu menjulang semula trofi ini dan untuk itu kami akan cuba memberikan yang terbaik pada aksi suku akhir kelak bagi menjamin kemaraan seterusnya,” katanya.