Sila log masuk terlebih dahulu.

Solat tanpa penjarakan fizikal, berita baik sambut Ramadan

Idris. Foto Bernama
Idris. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan membenarkan solat di masjid dan surau dilaksanakan tanpa penjarakan sosial susulan fasa peralihan negara ke endemik bermula 1 April depan adalah sesuatu yang amat dinantikan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, ia berita gembira buat umat Islam untuk menyambut Ramadan nanti.

Menurutnya, pengumuman berasaskan fakta dan data itu turut mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Bagaimanapun, pelaksanaan perkara ini dan prosedur operasi standard (SOP) akhir untuk masjid dan surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri-negeri.

“Semoga institusi masjid dan surau terus dimakmurkan dengan aktiviti ibadah, majlis dan halaqah ilmu serta lain-lain program pembinaan modal insan dan kemasyarakatan.

“Ia amat penting untuk memperkukuh jati diri serta penghayatan beragama,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Selain itu, pihaknya meminta umat Islam untuk terus berdoa dan bermunajat agar dipelihara daripada sebarang kemudaratan serta bencana.

Kata Idris, masjid dan surau dicadangkan mengadakan Solat Hajat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan buat rakyat serta negara.

Artikel Berkaitan: