1,821 sekolah masih belum berstatus hak milik PTP

Mohamad - Foto Bernama
Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti sebanyak 1,821 tapak sekolah yang masih belum berstatus hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) setakat 31 Januari tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 587 tapak sekolah di Sarawak telah dikenal pasti untuk proses pemberi milikan kepada PTP.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021 hingga 2025 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM), mana-mana tapak sekolah yang belum berstatus hak milik PTP, pelaksanaan projek pembangunan tidak dapat dipertimbangkan oleh agensi pusat.

“Berdasarkan kepada ketetapan ini, projek pembangunan termasuk penggantian penuh, menaik taraf bangunan atau pembinaan blok tambahan tidak dapat dilaksanakan selagi tapak sekolah berkenaan masih belum berstatus hak milik PTP.

“Sehubungan ini, KPM komited untuk memastikan semua tapak sekolah berkenaan ditukar status kepada hak milik PTP dengan membuat perolehan tapak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan kerajaan negeri,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Anyi Ngau (GPS-Baram) yang memintanya menyatakan berapa jumlah tapak sekolah yang belum disenaraikan dalam ‘Federal Land Commission’ sehingga kini di Sarawak khasnya dan di seluruh negara amnya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, KPM juga komited untuk terus melaksanakan pemutihan tanah bagi semua sekolah bawah KPM memandangkan terdapat tapak sekolah yang masih belum ditukar hak milik kepada PTP.

Artikel Berkaitan: