Laporan penilaian e-testing dijangka dibentang akhir Mac ini

JPJ dijangka membentang laporan POC ke atas sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-testing’ kepada MOT akhir Mac ini.
JPJ dijangka membentang laporan POC ke atas sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-testing’ kepada MOT akhir Mac ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka membentang laporan penilaian proses pembuktian konsep (POC) ke atas sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-testing’ kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) akhir Mac ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Projek e-Testing bagi memastikan pelaksanaan sistem yang bakal digunakan menepati dan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa kelak.

Ujarnya, pada masa ini juga JPJ sedang melaksanakan proses pembuktian konsep POC ke atas sistem berkenaan.

“Sebanyak empat buah syarikat telah memohon dan diberikan kelulusan untuk menjalankan aktiviti POC terbabit.

“Jawatankuasa Teknikal sedang dalam proses penilaian ke atas sistem yang dibangunkan oleh syarikat berkaitan. Laporan penilaian POC tersebut dijangka akan dapat dibentangkan ke Kementerian Pengangkutan pada akhir bulan Mac 2022,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Anthony Loke (PH-Seremban) yang memintanya menyatakan bilakah sistem ‘e-testing’ dapat dilaksanakan sepenuhnya untuk semua proses ujian lesen memandu oleh JPJ dan syarikat pembekal teknologi mana yang telah dipilih untuk melaksanakan sistem tersebut.

Mengulas lanjut, Henry berkata, syarikat yang berjaya dalam fasa penilaian POC akan ditawarkan melaksanakan projek rintis bagi tempoh tertentu sebelum sistem ini mula diperkenalkan secara berperingkat di institut memandu di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: