Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

Ringgit terlindung dengan sokongan China yang kukuh di samping China yang berkemungkinan besar melonggarkan sekatan berkaitan Covid-19. Gambar hiasan
Ringgit terlindung dengan sokongan China yang kukuh di samping China yang berkemungkinan besar melonggarkan sekatan berkaitan Covid-19. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pada Rabu walaupun harga minyak mentah lebih tinggi.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1800/1845 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1840 pada Selasa.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, ringgit terlindung dengan sokongan China yang kukuh di samping China yang berkemungkinan besar melonggarkan sekatan berkaitan Covid-19 yang kemudiannya boleh merangsang sektor pelancongan Malaysia.

"Satu aspek baik yang lain adalah yuan yang kukuh menyokong ringgit dengan sedikit tarikan,” katanya kepada Bernama sambil memaklumkan pasaran sewajarnya bimbang dengan ketiadaan pergerakan itu, yang tidak memberikan petanda baik kepada pengeksport.

"Malaysia adalah pengeksport minyak. Bagaimanapun, dari segi ekonomi, harga minyak yang lebih tinggi memudaratkan pertumbuhan global.

"Saya berpendapat, ia menyebabkan kebimbangan mata wang yang besar ke atas ringgit dan memberikan imbangan negatif yang ketara terhadap harga minyak yang lebih tinggi,” kata Innes.

Setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent meningkat 3.87 peratus kepada AS$128 setong dalam keadaan sekatan import yang dikenakan Amerika Syarikat kepada minyak dan gas dari Rusia.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Artikel Berkaitan:

Unit domestik mengukuh berbanding yen kepada 3.6078/6120 daripada 3.6159/6197 sewaktu ditutup pada Selasa dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4796/4855 daripada 5.4837/4890 semalam.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0636/0674 daripada 3.0656/0688 pada Selasa, namun, susut berbanding euro kepada 4.5621/5670 daripada 4.5508/5551 sebelum ini. - Bernama