Pilihan raya Indonesia: Jokowi kini di depan - Kajian

Jokowi dan pencabarnya, Prabowo Subianto.
Jokowi dan pencabarnya, Prabowo Subianto.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Kaji selidik menjelang pilihan raya Indonesia April depan menunjukkan Presiden Joko Widodo atau mesra Jokowi jauh meninggalkan pencabarnya, Prabowo Subianto.

Menerusi laporan Reuters, pilihan raya 17 April ini adalah gambaran semula persaingan 2014, yang menyaksikan semula Jokowi menewaskan Prabowo.

Tinjauan oleh Litbang Kompas, sebahagian daripada akhbar terbesar Indonesia, Kompas, menunjukkan Jokowi berkemungkinan menang 49.2 peratus undian, mengatasi Prabowo yang memperoleh 37.4 peratus.

Walaupun mendahului, tinjauan antara 22 Februari dan 5 Mac lebih dekat berbanding tinjauan Kompas pada Oktober lalu yang meletakkan Jokowi 19.1 peratus mendahului pencabarnya.

Tinjauan pada Januari lalu oleh syarikat lain, termasuk Penyelidik dan Perunding Saiful Mujani dan firma beribu pejabat di Australia, Ray Morgan, menunjukkan Jokowi memiliki kelebihan 20 peratus berbanding Prabowo.

Pasukan kempen presiden juga yakin beliau akan menang dengan jurang besar, kata jurucakapnya, Meutya Hafid.

“Ada beberapa petunjuk bagaimana undian untuk Jokowi akan lebih tinggi berbanding 2014.

“Jokowi akan mendapat undian dari tempat yang selalunya adalah kubu kuat Prabowo seperti Jawa Barat,” katanya, merujuk kepada wilayah paling padat di Indonesia.

Artikel Berkaitan:

Selepas permulaan yang perlahan, kempen enam bulan lalu telah meningkat, dengan perdebatan televisyen antara calon dan perhimpunan diadakan di seluruh kepulauan.

Beberapa penganalisis mengatakan bahawa perbahasan itu adalah peluang yang tidak dijangka untuk Prabowo, yang telah berjuang dalam pilihan raya itu bagi menewaskan Jokowi.