Rumah sewa kayu tempat menumpang teduh

Misnah hanya mampu menumpang di rumah anak bongsunya itu dengan menyewa rumah di Manjoi.
Misnah hanya mampu menumpang di rumah anak bongsunya itu dengan menyewa rumah di Manjoi.
A
A
A

IPOH - Seorang wanita warga emas tinggal bersama anak-anaknya dengan menyewa sebuah rumah kayu di Jalan Santalia, Kampung Manjoi Tambahan, Manjoi di sini kerana tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Misnah Sahiri, 68, membesarkan lima anaknya selepas kematian suami kira-kira 30 tahun lalu.

Mereka sebelum ini tinggal di kuarters kerajaan, bagaimanapun terpaksa berpindah selepas suaminya, Ree Shauri meninggal dunia ketika berusia 48 tahun akibat leukemia.

“Demi meneruskan kehidupan, saya menyewa pelbagai tempat dengan bekerja sebagai pencuci pinggan dan pembantu kedai untuk menyara dirinya sehinggalah anak-anak sudah bekerja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Misnah berkata, dia kini menumpang rumah kayu yang disewa anak perempuannya, Noreemy, 38, kerana sudah tidak larat bekerja lagi.

“Mereka menyewa rumah ini dengan harga RM400 sebulan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kadar sewaan rendah, rumah yang disewanya tidak sempurna dengan bumbung bocor.

“Kami duduk rumah ini sejak 14 tahun lalu. Hendak cari rumah lain, sewa di kawasan ini sekitar RM500 hingga RM700. Manalah kami mampu. Pencen saya terima hanya RM250 sebulan,” katanya.Misnah berkata, dia ada meminta anaknya membeli rumah di sekitar Ipoh. Bagaimanapun, permohonan anaknya ditolak disebabkan gaji kecil.

Artikel Berkaitan: