Terbuka Jerman: Nasib berbeza tiga beregu campuran negara

Kian Meng (kiri) dan Pei Jing (gambar fail) - Foto AFP
Kian Meng (kiri) dan Pei Jing (gambar fail) - Foto AFP
A
A
A

NASIB berbeza menimpa tiga pasangan beregu campuran profesional negara dalam aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jerman di Westenergie Sporthalle, Muelheim An Der Ruhr pada Selasa.

Pasangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing memulakan kempen kejuaraan itu dengan langkah kanan apabila bangkit mengetepikan cabaran wakil Perancis, William Villeger-Anne Tran 15-21, 21-14, 21-12 dalam masa 55 minit.

Sementara itu, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Ong Yew Sin-Goh Liu Ying pula terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Soon Huat-Lai Jemie yang berstatus pilihan kelapan kejuaraan itu terpaksa akur kehebatan gandingan dari England, Callm Hemming-Jessica Pugh walaupun mengungguli set pertama 21-14,sebelum mengalah dua set terakhir 13-21, 12-21 dalam masa 43 minit.

Yew Sin-Liu Ying pula terpaksa akur ketangkasan beregu campuran Adam Hall- Julie Mac Pherson apabila tewas 21-16, 21-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 26 minit.

Artikel Berkaitan: