Kematian Tangmo sebagai satu kemalangan?

Nida 'Tangmo' Patcharaveerapong
Nida 'Tangmo' Patcharaveerapong
A
A
A

BANGKOK - Kematian pelakon televisyen, Nida Patcharaveerapong atau Tangmo Nida diklasifikasikan sebagai kemalangan yang berdasarkan bukti-bukti sedia ada, menurut Ketua Polis Negara, Suwat Jangyodsuk.

Bangkok Post melaporkan, pihak polis dijangka mengetahui keputusan siasatan lebih lanjut dalam tempoh beberapa hari selepas hasil pemeriksaan daripada pasukan forensik.

Suwat berkata, beliau telah mengarahkan penyiasat untuk meneliti kenyataan saksi dan bukti berkaitan seperti rekod telefon dan kelajuan pemanduan serta data Sistem Kedudukan Global (GPS) bot laju.

Ketua Polis Negara, Suwat Jangyodsuk. - Agensi
Ketua Polis Negara, Suwat Jangyodsuk. - Agensi

Mayat aktress berusia 37 tahun ditemui pada 26 Februari lalu selepas dua hari terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya semasa menaiki bot laju bersama lima yang lain.

Tanupat Lerttaweewit dan Phaiboon Trikanjananun telah didakwa kerana mengendalikan bot tanpa lesen dan kecuaian hingga membawa kematian.

Manakala tiga yang lain iaitu pengurus Tangmo, Idsarin Juthasuksawat, Wisapat Manomairat dan Nitas Kiratisoothisathorn serta 29 saksi lain sudah disoal siasat pada Ahad lalu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Leftenan Jeneral Jirapat Phumjit berkata, polis sedang mengumpul bukti dan siasatan akan mengambil sedikit masa dengan seliaan daripada Ketua Polis Negara. - Agensi

Artikel Berkaitan: