PH mampu kembali tawan Johor

Anfaal
Anfaal
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) mampu kembali menawan Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini berdasarkan rekod pentadbiran yang baik di negeri berkenaan.

Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) Gombak, Anfaal Saari bagaimanapun mengakui gabungan parti itu bakal berdepan laluan sukar kerana faktor luar jangka.

"PH mampu (tawan Johor) dengan rekod pentadbiran yang baik. Cuma (PH dijangka bakal berdepan) jalan sukar atas faktor luar kawal termasuk kesan akibat Covid-19.

"Selain itu, pertembungan beberapa penjuru parti yang menarik undi Melayu juga menjadi cabaran buat PH," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Selasa.

Pada 26 Februari lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan seramai 239 calon daripada 11 parti politik termasuk calon bebas layak bertanding pada PRN Johor.

Mengulas lanjut, Anfaal yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Wanita Amanah Selangor yakin gabungan calon daripada PH mampu untuk memberikan cabaran.

Beliau berkata, calon ditampilkan PH dalam PRN Johor adalah seimbang malah separuh daripada calon diketengahkan gabungan parti itu adalah calon muka baharu.

"Penampilan calon-calon PH juga 50-50 (daripada calon muka) wajah baharu dan tokoh berpengalaman yang boleh menarik perhatian pengundi Johor," katanya.

Artikel Berkaitan:


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my