'Ronaldo pasti menyesal tolak City, pilih United'

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

BEKAS tonggak England, John Barnes mendakwa penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo akan menyesal kerana tidak menyertai seteru setempat, Manchester City pada musim panas lalu.

Malah menurut Barnes, pengaruh rakan sepasukan di Old Trafford juga menjadi antara faktor pemain Portugal berusia 37 tahun itu bergelut dengan prestasi dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Sejujurnya rekod gol Ronaldo adalah bagus untuk pemain berusia 37 tahun, namun saya fikir jika dia datang ke City, dia bermungkinan sudah menjaringkan 25 gol sekarang, kerana pemain yang bagus akan menemuinya dengan lebih mudah di Etihad.

"Pemain Manchester City mempunyai visi dan teknik untuk memastikan Ronaldo menjaringkan gol, sedangkan saya percaya beberapa pemain di Manchester United tidak mempunyai elemen untuk meletakan Ronaldo dalam situasi menjaringkan gol.

"Lebih malang lagi terdapat dakwaan Ronaldo prestasinya bukan lagi berada pada tahap terbaik seperti empat lima tahun lalu.

"Saya fikir apa yang mungkin membuatkan Ronaldo kecewa ialah dia tidak mendapat bantuan yang sama di padang seperti sebelum ini pada ketika keazaman dia berada pada tahap terbaik," kata Barnes.

Untuk rekod, Ronaldo sebelum ini dalam perbincangan lanjut untuk berpindah ke Etihad pada Ogos sebelum membuat pusingan U pada saat akhir untuk menyertai semula Manchester United.

Impak Ronaldo ternyata luar biasa apabila tampil dengan sembilan gol dalam 11 penampilan pertamanya, namun kini kemarau gol dalam 10 perlawanan terakhirnya.

Artikel Berkaitan: