Mbappe mungkin terlepas aksi menentang Real

Mbappe mengalami kecederaan kaki ketika menjalani latihan bersama pasukan,pada Isnin.
Mbappe mengalami kecederaan kaki ketika menjalani latihan bersama pasukan,pada Isnin.
A
A
A

PENYERANG Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe berkemungkinan tidak akan turun pada pusingan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, awal pagi Khamis ini.

Ia selepas PSG dalam satu kenyataan awal pagi Selasa memberitahu, penyerang kelahiran Perancis itu mengalami kecederaan kaki ketika menjalani latihan bersama pasukan,pada Isnin.

“Kylian Mbappe mengalami kecederaan di kaki kirinya ketika sesi latihan bersama pasukan hari ini (Selasa).

“Dia (Mbappe) telah menjalani rawatan bagi merawat kecederaannya itu. Satu ujian klinikal akan dilakukan selain satu lagi ujian akan menyusul dalam tempoh 24 jam,” kata kenyataan itu.

Ketiadaan Mbappe pada perlawanan menentang Real sudah pasti akan menjadi tamparan hebat buat PSG yang akan bertemu Real di Santiago Bernabeu.

Untuk rekod, Mbappe adalah penjaring terbanyak pasukan itu dengan 19 gol dalam 31 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini

Artikel Berkaitan: