Projek pembinaan punca banjir kilat di Puchong

Johary (tiga dari kanan) meninjau lokasi yang dilanda banjir kilat di bawah pentadbiran MBSJ pada Selasa.
Johary (tiga dari kanan) meninjau lokasi yang dilanda banjir kilat di bawah pentadbiran MBSJ pada Selasa.
A
A
A

PUCHONG - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) tidak menolak kemungkinan projek pembinaan antara punca berlaku banjir kilat di dua lokasi di kawasan pihak berkuasa berkenaan pada Isnin.

MBSJ dalam kenyataan memaklumkan, dua lokasi terbabit ialah Persiaran Saujana Puchong dan Kampung Baru Batu 14.

Kenyataan itu memaklumkan, Datuk Bandar MBSJ, Datuk Johary Anuar bersama pengurusan tertinggi meninjau lokasi banjir kilat bagi melihat sendiri punca dan penyelesaiannya.

"Hasil pemeriksaan mendapati punca utama bencana itu ialah limpahan air dari kawasan pembangunan," kata kenyataan itu pada Selasa.

Pada Selasa, Johary melakukan tinjauan di dua kawasan itu bersama pihak pengurusan termasuk Ahli Majlis Zon 17 MBSJ, Thomas Low Yew Sin.

Dalam pada itu, MBSJ turut memaklumkan, pihak pemaju diarahkan menyelenggara kolam takungan serta-merta dan memastikan air dari kawasan pembangunan tidak mengalir ke sistem saliran milik MBSJ.

"Di samping itu, pihak majlis (MBSJ) akan menaik taraf sistem saliran bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) kerana turut menyumbang kepada masalah banjir kilat di kawasan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: