Sila log masuk terlebih dahulu.

PN mampu pergiatkan ekonomi untuk rakyat Johor

No Image Caption
A
A
A

Johor yang bersempadan dengan Singapura menerima banyak manfaat limpahan ekonomi selain peluang dan potensi yang dimiliki negeri ini.

Kelebihan dan peluang yang dinikmati ini tentunya tidak akan dipersia-siarkan. Untuk itu, Perikatan Nasional (PN) menyediakan tawaran inklusif yang bertujuan memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada mendapat limpahan manfaat hasil pembangunan pesat di negeri ini.

Rekod pencapaian pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sewaktu negara berdepan dengan pandemik Covid-19 perlu disambut baik oleh rakyat Johor khususnya mereka yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kejayaan PN mempergiatkan sektor ekonomi kini bakal diteruskan dan menjadi fokus dengan menyenaraikan lapan tunjang utama yang bertemakan ‘Demi Bangsa Johor’ sebagai ikrar menghadapi PRN Johor kali ini.

PN turut memberi tumpuan kepada keutuhan ekonomi Johor yang merangkumi Pelan Sedekad Ekonomi Johor 2022-2032 termasuk menyediakan pelbagai bantuan khas.

Reaksi

Mohd Yuszaidi
Mohd Yuszaidi

Artikel Berkaitan:

"Setiap aku janji itu mesti dituruti. Dan kalau apa yang PN rancang itu menjadi kenyataan, maka ia tentulah memberi kebaikan untuk rakyat Johor pada masa akan datang," Bekerja sendiri, Mohd Yuszaidi Yusof, 51.

Muhammad Adib
Muhammad Adib

"Sebagai rakyat Johor, saya harap perubahan yang bagus untuk pelan perancangan ekonomi jangka masa panjang. Jika kita dapat kurangkan jurang pendapatan rakyat antara golongan kaya dan miskin, mungkin itu dapat beri manfaat kepada semua orang," Juruvideo bebas, Muhammad Adib Mohd Azim, 23.

"Saya yakin perancangan pelan pembangunan ekonomi Johor itu dapat memberi manfaat dan kesan positif pada masa akan datang. Pada saya, pelan tersebut haruslah meliputi semua terutamanya golongan miskin dan anak muda," Peniaga, Shahrezza Abdul Karim, 35.

"Saya sudah melihat manifesto PN yang mahu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Johor. Langkah tersebut wajar diperluaskan merangkumi kawasan bandar dan luar bandar,” Amri azhan, 19.

Zaini
Zaini

“Setuju dengan idea keutuhan ekonomi PN yang menawarkan peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi di mana dalam keadaan negara yang sedang pulih daripada pandemik Covid 19, sudah pasti sebelum ini ramai yang terkesan seperti hilang pekerjaan boleh menarik nafas lega. Di samping itu, pengukuhan kerjasama ekonomi serantau juga akan dapat bantu percepatkan pemulihan ekonomi rakyat Johor,” Zaini Kosnin, 41.

Amirul Hazim
Amirul Hazim

“Idea mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi melalui inisiatif reskilling itu adalah amat menarik. Kita akan melihat satu perubahan besar bagi komuniti orang muda sekiranya perkara ini benar-benar dilaksanakan,” Amirul Hazim Mohd Idham, 24.

“Saya tertarik dengan inisiatif merancakkan penglibatan perusahaan mikro kecil dan sederhana dalam perkembangan ekonomi Johor. Ini adalah perkara yang baik, kerana kita boleh ada satu kerajaan yang masih memandang kebajikan pengusaha kecil, bukan semata-mata syarikat gergasi yang lebih ternama,” Muhammad Nurzakwan Ahmad Khairan, 32.

Nurein
Nurein

“Saya setuju apabila keutuhan ekonomi menjadi salah satu perkara yang diberikan keutamaan selepas pandemik menyebabkan ramai orang hilang punca pendapatan dan kerjaya. Jika industri baharu berjaya dibuka, ini akan memudahkan ramai pihak yang memerlukan,” Nurein Mohd Hashim, 28.