Wujudkan SOP bencana pencemaran kimia

Sungai Kim Kim - Foto Bernama
Sungai Kim Kim - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Prosedur operasi standard (SOP) bencana pencemaran kimia perlu diwujudkan susulan pembuangan sisa bahan kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim sehingga menjejaskan penduduk sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Sainstifik, Professor Dr Abdul Rahim Mohd Yusoff berkata, ini kerana SOP berkaitan bencana banjir telah ada namun SOP yang melibatkan bencana pencemaran kimia belum pernah ada.

Menurutnya, ia kini menjadi keperluan selepas berlakunya kejadian pencemaran kimia di sungai berkenaan.

"Kita sarankan adanya SOP bencana pencemaran kimia yang tak ada selama ini, banjir ada tetapi bencana pencemaran kimia tak pernah ada jadi kena ada SOP," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pembentangan laporan kes pembuangan haram sisa kimia Sungai Kim Kim di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga menyarankan agar kawasan Pasir Gudang diwujudkan pemasangan sistem pemantauan kualiti udara yang komprehensif.

Katanya, ini kerana daerah itu adalah salah satu tempat yang mempunyai industri kimia dan pemantauan gas toksik diperlukan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya juga meminta masyarakat di Pasir Gudang menjadi lebih proaktif mata dan telinga kepada pencemaran kimia disamping menjaga kebersihan serta mengelakkan pembakaran terbuka.

Artikel Berkaitan: