Aaron minta maaf, mohon orang ramai buat laporan polis

Aaron Aziz
A
A

PELAKON Aaron Aziz meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk membantu menjadi sebaliknya apabila pihak yang kononnya memerlukan bantuan tersebut sebenarnya adalah merupakan sindiket penipuan.

Terdahulu sebelum itu, Aaron menerusi Intsgram miliknya telah berkongsi telah berkongsi informasi tentang seorang kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai penyakit kanser yang dihadapi.

Menerusi posting tersebut, Aaron menyeru para pengikutnya untuk menghulurkan sedikit sumbangan tanda prihatin terhadap kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun Aaron kecewa apabila mendapati maklumat yang diambil daripada laman Facebook Persatuan Kanser Bersatu Malaysia itu adalah scammer yang menggunakan gambar seorang bayi sudah meninggal dunia untuk menipu.

Menyedari kesilapan tesebut, Aaron telah memadam posting tersebut dan tampil membuat laporan polis.

Instagram Aaron Aziz
Instagram Aaron Aziz

“Saya dah delete post tu dan saya minta maaf kepada semua yang telah memberi sumbangan kepada akaun yang saya letak dalam IG saya semalam. Saya pun kena tipu.

“Saya ambil maklumat itu daripada posting Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia dan saya kongsi bila tengok semuanya OK.

“Saya da buat laporan polis, jadi biar polis buat siasaan yang selanjutnya. Saya minta maaf, selalunya saya sangat berhati-hati berkongsi sesuatu tapi bila saya tengok baby macam tu mungkin saya terlalu emosi. Itu silap saya, saya minta maaf ya semua,” ujar Aaron menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, Aaron juga menyeru kepada meraka yang telah memberikan sumbangan kepada akun terbabit untuk tampil membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dilakukan.

“Saya harap kepada sesiapa yang sudah menderma untuk tampil membuat laporan polis.

Buktinya tidak mencukupi jika laporan hanya datang daripada saya seorang, sebaliknya kita ramai-ramai buat laporan untuk membuktikan ada masuk duit ke akaun tersebut agar pihak polis mudah melakukan siasatan mereka," kata Aaron.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia